27 April 2010

kerana kebodohan kau!

sumpah, aku rasa aku tersangat bodoh sekarang ni. seorang yang ada pendidikan, pemegang diploma, penuntut UPM tapi aku bodoh tak menggunakan akal untuk berkata-kata. aku tak pernah berfikir dua tiga empat ratus kali sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. weh, kenapa kau bodoh sangat ? ya, padan muka kau!

kerana kau bodoh, kau hilang dia. buat kali kedua! ya, kedua! kau paham tak! dah dua kali kau buat dia jadi macam ni! kau nak apa lagi ? kau nak dia mati pulak baru kau berubah ke ? hahahanjeng!

26 April 2010

hari ini hari isnin

dah 3 hari aku kat Kolej Mohamad Rashid kesayangan aku ni selepas kertas peperiksaan aku yang terakhir. dan sepanjang 3 hari ni jugak aku tengok kelibat kawan-lawan aku yang sorang-sorang hilang. hilang balik kampung la gila! bukan hilang kena culik. dorang takde nilai pun.

aku dah mula rasa bosan. berada di atas talian ( online ) tiap-tiap hari pun dah jemu dah. almaklum, sepanjang di kolej selalu je ada talian internet, streamyx lagi. jangan cemburu. dan yang paling buat aku bengang dari kelmarin ialah internet ni selalu putus-putus. macam hanjeng keparat betul.

korang nak tau ? semalam je dekat 7 kali aku memuat turun cerita niyang rapik tu. dan ketujuh-tujuh kali tersebut gagal. dem gila. sampai 90% je mati. 90% je mati. geram aku. dem betol. hahah.

24 April 2010

hiarghhh!

maaf lama tidak menghapdet blog. al maklum, seorang pelajar mesti sibuk dengan pelajaran, kononnye.

malam tadi, iaitu hari jumaat malam secara rasminya aku telah berjaya menghabiskan semester 2 di Universiti Putra Malaysia. perasaan lepas habis ? bercampur-campur. sebab aku rasa semacam dengan semester kali ini. banyak benda yang aku tinggal, sebab selalu terkantul untuk pergi kelas. kenapa lah ini terjadi pada aku kn ?

aku nak kongsi beberapa cerita sepanjang minggu peperiksaan berlangsung. wah, ayat best gitu.

pertama, walaupun duit tak penah ada di dalam poket, tapi aku beberapa kali overnight study di McDonalds Equine. hebat kan ? setiap sorang dari kami takde yang beli BigMac ke, ape ke, bla bla bla, tapi kitorang berkongsi duit beli secawan kopi, dan kentang besar untuk seorang saja, padahal kami datang ber4, ber5 or ber ber ber. biasalah, air kn boleh refill. hehe

kedua pulak, aku hanya mampu redha untuk markah Hubungan Etnik aku. ye lah, aku sebenarnya tidak di benarkan untuk mengambil kertas tu, tapi selepas menghantar surat kenyataan kepada pensyarah, aku pun bertanya, "Dr, bila boleh tau senarai nama yang boleh masuk peperiksaan akhir atau tidak ?" dan jawapan yang diberikan ialah, "Awak semua boleh masuk, tapi siapa yang dalam senarai tak di benarkan masuk tu, akan diberikan markah 0." alamak, dalam hati aku dah bermonolog sendirian. takot kot.

ketiga, aku merasakan aku dah penat menulis panjang-panjang ni. so, selamat bersambung rakan-rakan. :)

kepada rakan-rakan UPM, selamat bercuti!

13 April 2010

aku

sejak kebelakangan nih,
aku rasa tak sedap badan,





























sesuatu akan berlaku ke ?
entahlah.

04 April 2010

sedih

entri hari ini aku malas nak berpuisi, berseloka bercengkerama dan seangkatan dengannya. eh, bercengkerama tu menatang apa ek? haha! entri kali ini aku nak bercerita, bukan cerita dongeng, tapi cerita yang berlaku di alam maya ni.

semalam, sabtu 3hb april ialah hari penganjuran "karnival citra budaya" yang merupakan karnival penutupan bagi aktiviti kokurikulum berkredit komponen kebudayaan. haa, untuk pengetahuan awak, anda dan kamu semua, semester ni aku ambil kokurikulum pengurusan pentas kumpulan 4. yeah, jangan tak percaya. dan jangan tanya aku kenapa aku ambil kokurikulum ini.apa yang aku ingin kongsikan adalah pengalaman aku semasa mengikuti kelas ni. sekali lagi untuk pengetahuan anda anda semua, aku tak pernah ponteng kelas ni! percayalah! kehadiran aku sendiri boleh menunjukkan betapa menariknya kelas ni.

kelas kami dijaga oleh puan norfathia binti che yusof. mula2 masuk kelas dia, dalam hati aku berkata, "oh damn, seksi gila. semangat aku nak pegi kelas cmni!". tapi tu semangat aku masa mula2 masuk kelas ini. tapi lepas beberapa kelas, dan selepas aku dah mula kenal dia, rasa seronok aku bertambah2. selain itu, beliau juga meminta kami untuk memilih nama2 artis malaysia supaya dia senang untuk mengingati kami, dan aku memilih Edri Hashim! :D

korang nak tau kenapa? sebab dia adalah pengurus kepada beberapa artis terkenal tempatan seperti Edrie Hashim, Search, Cili dan beberapa lagi. seronok weh! kami sekelas juga ada menjemput Edrie Hashim untuk datang ke kelas dan berborak mengenai perkara yang berkaitan muzik serta pengurusan sesuatu konsert. aku serta beberapa orang kawan aku juga merupakan antara 1000 orang pertama yang menyaksikan konsert Suatu Masa - Amy Search di Istana Budaya secara percuma! siapa yang tak teruja beb! siap rekod video lagi. hehe.

tapi itu semua akan berakhir tak lama lagi. minggu depan, iaitu 10hb April adalah hari terakhir kami bersama. tiba2 aku jadi sedih. entah bila lagi kami dapat bersama2 melepak minum2, berborak macam seorang adik dan seorang kakak, dan bermacam2 lagi.

*sedih.


03 April 2010

termenung

pagi tadi aku termenung,
termenung bukan kerana diriku murung,
termenung bukan kerana diriku terkurung,
termenung bukan kerana cuaca yang mendung,
tapi kerana sampai bila aku ingin melencong,
sampai bila aku hanyut tanpa pelampong,
sampai bila hidup aku ibarat kertas yang kosong,

aku terdiam terbata terbatu,
kerana aku tak dapat menjangka ataupun tahu,
semua itu melawan antara satu dengan satu,
dan seterusnya menukar diriku menjadi baru,
oh, alangkah indahnya pagi yang ku impikan itu.

02 April 2010

gagal

Aku gagal membahagiakan orang di sayang
Aku gagal mempertahankan diri di ganyang
Aku gagal menaikkan semangat yang hilang
Aku gagal memilih jalan yang terbentang

Aku gagal kerana aku alpa terhoyong hayang
Aku gagal kerana aku asyik dengan dunia dalam bayang
Aku gagal kerana aku pentingkan perkara terlarang
Aku gagal kerana aku leka dengan kawan yang tempang

Tetapi dari kegagalan aku belajar
Dari kegagalan impian ku kejar
Dari kegagalan aku tersedar
Dan dari kegagalan aku tercabar

Gagal hanyalah ilusi
Gagal hanyalah penyeri
Gagal bukanlah setiap kali
Gagal tetap akan berhenti

Gagal sekali takkan membuatku terduduk tak berdiri
Gagal sekali takkan membuatku berdiri tidak berlari
Gagal sekali takkan membuatku berlari tidak mencari
Gagal sekali takkan menghalang aku mencari matlamat di hati

Gagal yang selalu aku caci, aku maki, aku benci
Telah membuatku kembali berdiri, kembali dari kancah yang berduri
Gagal yang selama ini mebuat aku sesal, mual dan kesal
Telah membuatku cekal, kebal dan kembali berakal

Terima kasih Tuhan kerana memberikan ku kegagalan
kerana kegagalan adalah kunci segala kejayaan.

p/s : actually idea dalam ni di cedok sikit dari kawan aku. aku hanyalah melengkapkan. kita saling lengkap melengkapi bukan ? :)

tamat

tamat sudah antara aku dan 'dia',
dia, yang aku kenali semenjak 'itu' bermula,
ya, dia,
dia si pemberi senyuman mesra,
dia si penawar duka lara,
kami ibarat kata2 mulan dan maya,
hanya teman tapi begitu mesra,
ke sana ke mari selalu berdua,
makan bersama, keluar lepak turut serta,
perasaan di kala itu ibarat bulan berada atas riba,
tapi perjalanan itu hanya sementara,
hubungan baru terjalin itu berakhir jua,
walau aku terpaksa dalam rela,
akhirnya ku lepaskan jua.

aku tau dia tak bersalah,
aku tau aku yang bersalah,
kesalahan itulah punca kami berbalah,
kesalahan itu punca kami bertelagah,
kepada kau wahai juwita terindah,
ingin ku sampaikan kata2 seorang pesalah,
maafkan aku, kau berhak untuk marah,

p/s : kepada 'kau', aku memohon berjuta kemaafan, kerana kau telah di kecewakan. hanya itu yang termampu ku lafazkan.

01 April 2010

psstttt ! saya rindu !

awak, ya awak yang di situ,
awak ingin tahu ?
saya dapat rasa awak mesti ingin tahu,
awak tahu tak yang saya tengah rindu,
bukan rindu diri saya yang dulu2,
tapi saya tersangat-sangat rindu,
rindu kat diri seorang gadis tu,
yang saya puja dan sayang selalu,
takkan awak tak tahu,
atau awak pura2 je tak tahu,
awak ni sengaja nak buat saya malu,
takkan saya nak umumkan satu tanah melayu,
nanti merahlah muka saya yang pemalu,
okay okay, saya akan beritahu,
tapi awak boleh tunggu ?
sebab saya rasa biarlah saya simpan dulu,
akan tiba masanya, saya akan beritahu.