25 October 2010

esok masih ada

maaf, lama tak update blog. tiba tiba arini macam rajin je kan, hantu ape agaknya yang merasuk dalam badan ni. haihhhh

entahlah, aku sekarang ni berada dalam keadaan yang tertekan. agak tertekan sebenarnya. selain pasal assignment yang memang tengah beratur tunggu turn, ada macam2 lagi masalah yang menimpa. itu ini, yang tu, yang ni. haihh. aku tak tau la boleh handle benda benda macam ni atau tak. sumpah, aku perlukan sokongan seseorang.

dan sekarang, entah kenapa hati aku meronta mintak di isi. perlu ke untuk masa sekarang ni ? please, aku boleh bertahan sehingga 2 tahun, takkan sekarang nk meronta pulak ? alaaaaaaaaaaaaa.

apa yang aku boleh harapkan, hari esok aku akan lebih tenang.

27 April 2010

kerana kebodohan kau!

sumpah, aku rasa aku tersangat bodoh sekarang ni. seorang yang ada pendidikan, pemegang diploma, penuntut UPM tapi aku bodoh tak menggunakan akal untuk berkata-kata. aku tak pernah berfikir dua tiga empat ratus kali sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. weh, kenapa kau bodoh sangat ? ya, padan muka kau!

kerana kau bodoh, kau hilang dia. buat kali kedua! ya, kedua! kau paham tak! dah dua kali kau buat dia jadi macam ni! kau nak apa lagi ? kau nak dia mati pulak baru kau berubah ke ? hahahanjeng!

26 April 2010

hari ini hari isnin

dah 3 hari aku kat Kolej Mohamad Rashid kesayangan aku ni selepas kertas peperiksaan aku yang terakhir. dan sepanjang 3 hari ni jugak aku tengok kelibat kawan-lawan aku yang sorang-sorang hilang. hilang balik kampung la gila! bukan hilang kena culik. dorang takde nilai pun.

aku dah mula rasa bosan. berada di atas talian ( online ) tiap-tiap hari pun dah jemu dah. almaklum, sepanjang di kolej selalu je ada talian internet, streamyx lagi. jangan cemburu. dan yang paling buat aku bengang dari kelmarin ialah internet ni selalu putus-putus. macam hanjeng keparat betul.

korang nak tau ? semalam je dekat 7 kali aku memuat turun cerita niyang rapik tu. dan ketujuh-tujuh kali tersebut gagal. dem gila. sampai 90% je mati. 90% je mati. geram aku. dem betol. hahah.

24 April 2010

hiarghhh!

maaf lama tidak menghapdet blog. al maklum, seorang pelajar mesti sibuk dengan pelajaran, kononnye.

malam tadi, iaitu hari jumaat malam secara rasminya aku telah berjaya menghabiskan semester 2 di Universiti Putra Malaysia. perasaan lepas habis ? bercampur-campur. sebab aku rasa semacam dengan semester kali ini. banyak benda yang aku tinggal, sebab selalu terkantul untuk pergi kelas. kenapa lah ini terjadi pada aku kn ?

aku nak kongsi beberapa cerita sepanjang minggu peperiksaan berlangsung. wah, ayat best gitu.

pertama, walaupun duit tak penah ada di dalam poket, tapi aku beberapa kali overnight study di McDonalds Equine. hebat kan ? setiap sorang dari kami takde yang beli BigMac ke, ape ke, bla bla bla, tapi kitorang berkongsi duit beli secawan kopi, dan kentang besar untuk seorang saja, padahal kami datang ber4, ber5 or ber ber ber. biasalah, air kn boleh refill. hehe

kedua pulak, aku hanya mampu redha untuk markah Hubungan Etnik aku. ye lah, aku sebenarnya tidak di benarkan untuk mengambil kertas tu, tapi selepas menghantar surat kenyataan kepada pensyarah, aku pun bertanya, "Dr, bila boleh tau senarai nama yang boleh masuk peperiksaan akhir atau tidak ?" dan jawapan yang diberikan ialah, "Awak semua boleh masuk, tapi siapa yang dalam senarai tak di benarkan masuk tu, akan diberikan markah 0." alamak, dalam hati aku dah bermonolog sendirian. takot kot.

ketiga, aku merasakan aku dah penat menulis panjang-panjang ni. so, selamat bersambung rakan-rakan. :)

kepada rakan-rakan UPM, selamat bercuti!