04 April 2010

sedih

entri hari ini aku malas nak berpuisi, berseloka bercengkerama dan seangkatan dengannya. eh, bercengkerama tu menatang apa ek? haha! entri kali ini aku nak bercerita, bukan cerita dongeng, tapi cerita yang berlaku di alam maya ni.

semalam, sabtu 3hb april ialah hari penganjuran "karnival citra budaya" yang merupakan karnival penutupan bagi aktiviti kokurikulum berkredit komponen kebudayaan. haa, untuk pengetahuan awak, anda dan kamu semua, semester ni aku ambil kokurikulum pengurusan pentas kumpulan 4. yeah, jangan tak percaya. dan jangan tanya aku kenapa aku ambil kokurikulum ini.apa yang aku ingin kongsikan adalah pengalaman aku semasa mengikuti kelas ni. sekali lagi untuk pengetahuan anda anda semua, aku tak pernah ponteng kelas ni! percayalah! kehadiran aku sendiri boleh menunjukkan betapa menariknya kelas ni.

kelas kami dijaga oleh puan norfathia binti che yusof. mula2 masuk kelas dia, dalam hati aku berkata, "oh damn, seksi gila. semangat aku nak pegi kelas cmni!". tapi tu semangat aku masa mula2 masuk kelas ini. tapi lepas beberapa kelas, dan selepas aku dah mula kenal dia, rasa seronok aku bertambah2. selain itu, beliau juga meminta kami untuk memilih nama2 artis malaysia supaya dia senang untuk mengingati kami, dan aku memilih Edri Hashim! :D

korang nak tau kenapa? sebab dia adalah pengurus kepada beberapa artis terkenal tempatan seperti Edrie Hashim, Search, Cili dan beberapa lagi. seronok weh! kami sekelas juga ada menjemput Edrie Hashim untuk datang ke kelas dan berborak mengenai perkara yang berkaitan muzik serta pengurusan sesuatu konsert. aku serta beberapa orang kawan aku juga merupakan antara 1000 orang pertama yang menyaksikan konsert Suatu Masa - Amy Search di Istana Budaya secara percuma! siapa yang tak teruja beb! siap rekod video lagi. hehe.

tapi itu semua akan berakhir tak lama lagi. minggu depan, iaitu 10hb April adalah hari terakhir kami bersama. tiba2 aku jadi sedih. entah bila lagi kami dapat bersama2 melepak minum2, berborak macam seorang adik dan seorang kakak, dan bermacam2 lagi.

*sedih.


3 comments:

  1. siyes nih sedih dh nk abis kelas?
    ke sbb dh xdpt tgk lect hot kau toh ?

    ;p

    ReplyDelete
  2. haha. betul dow sedih. tp bkn sebab tak dpt jumpe lect tu lg, tapi sbb kelas dh abis. sbb ni kelas best gile! :D

    ReplyDelete
  3. hahaha ~ ok ok.
    alasan diterima pakai.
    ;p

    ReplyDelete