27 November 2010

Jalanan.


Aku baru balik dari event seperti di atas, event yang di anjurkan oleh Zulu Nation Malaysia. Datang atas sebab sapot menyapot sesama rakan Keystyle Tanah Melayu. Aku datang dari Batu Pahat, transit di Seremban untuk jumpa dengan Fiq Fliq dan Thogey, kemudian terus gerak ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, yeahh! Haha!

Sampai di KL waktu tu hujan. Duhh, dah rasa event malam tu macam kurang sambutan je. Di KL, kami bertiga di jemput oleh Epin Shakur. Pusing-pusing lepak-lepak sampai lebih kurang 8 lebih, baru la bergerak pegi Palate Palette. Actually, ingatkan ni nama baru after Cloth & Clef dah tutup, but then rupanya tempat baru. Damn, kena mencarik pulak. Nasib la dapat sampai.

Ramai jugak la otai2 hiphop yang datang macam Vandal, SonaOne, Jin Hackman, Nadhira, dan juga DMent, Phonic dan juga AlFaisal dari 5forty2. Event ni macam biasalaah kan, mula around 10pm jugak. Acara start dengan freestyle dalam Malay antara Hassan dengan Zafrin, Zafrin menang. Seterusnya, freestlye English yang aku tak ingat sapa lawan sapa, tapi yg aku ingat peserta yang ada Soul Ash, MC Stiff ( omfg, hebat doe die ni ), Slick D. Last sekali, ada lagi satu battle freestyle Malay antara Hassan dengan Smowkin. Pun Hassan kalah jugak. Hehe. Tapi yang best 2nd battle ni, we're doing it in the street! Gempak gile, terasa macam omfg, street gila kitorang. HAHA!

Event abis around 2am camtu laah. Dah borak-borak kosong, amik gambar sesama, tukar-tukar no telefon ( almaklum, mostly baru first time jumpa ), ba-bi-bu suma, masing-masing pun berpecah. So, cerita pun habis. HAHAHA!

p/s : next Zulu Nation please.

25 November 2010

Damn, Kenapa Perlu Aku Diberitahu ?

Assalamualaikum

Baru sebentar tadi, aku dapat mesej dari senior aku menceritakan kisah yang aku sendiri dah muak untuk baca. Kisah pemecahbelahan organisasi yang kononnya mewakili sekumpulan mahasiswa. Kenapa perlu aku di beritahu ? Aku dah tak terlibat langsung dengan kumpulan ni, dengan organisasi ni, tapi kenapa semua nak di beritahu kat aku ?

Mari aku ceritakan serba sedikit mengenai organisasi ni. Ketua kepada organisasi sekarang adalah seseorang yang berjiwa kuku besi. Bermaksud, dia seorang yang boleh memberi arahan, dan orang lain hanya mengangguk menyetujui macam orang bodoh! Lagipun, pemilihan ketua ini dari cara yang aku rasa sangatlah tidak adil. Siapa beliau untuk menjadi ketua ? Dari awal lagi, organisasi ni dah nampak berpuak-puak, sebab, tak sampai sebulan beberapa ahlinya dah meletakkan jawatan. Dan seterusnya ramai yang mengikut jejak langkah murni tersebut.

Dah cukup! Aku malas nak cerita panjang-panjang pasal organisasi ni, dan aku pasti ada sesetengah rakan-rakan aku yang boleh mengagak organisasi yang aku maksudkan. Setiap kali ada perselisihan dalam organisasi ni, aku turut di beritahu. Kenapa? Aku bukan siapa-siapa. Aku tak terlibat langsung dengan organisasi ni dari awal lagi.

Terima kasih, mesej kau merosakkan malam yang indah aku. FUCK YOU.

21 November 2010

Akhirnya Merdeka Milik Aku

Assalamualaikum!

Baca daripada tajuk entri ni macam menimbulkan macam-macam persoalan kan ? Mesti anda tertanya, sebelum ni dia tak merdeka lagi ke, sebelum ni dia di jajah ke, sebelum ni ..., sebelum ni ... dan macam-macam laaah.

Sebenarnya, takde ape2 pun. Aku cuma nak bagitahu yang aku sudah menamatkan semester 3 di Universiti Putra Malaysia dengan jayanya. Eh, betul ke jaya ? Tunggu keluar keputusan peperiksaan nanti yaaa Encik Adib Korkin.

Sepanjang semester 3 ni, macam-macam laah yang aku lalui. Ada yang suam-suam kuku, ada yang panas-panas padang pasir, ada yang sejuk-sejuk kutub Utara, dan entah. Ada pasang surut, er, macam air laut. Haha. Abaikan.

Semester 3 ni sebenarnya banyakkkkkkkkk gila kenangan yang best. Antaranya ialah penganjuran Program Pentas-CARE yang membuatkan aku mengenali ramai orang di UPM ni, pertandingan Boling Fakulti yang membuatkan aku jadi seorang yang gila, pertandingan Manifestasi Teater yang membuatkan aku jadi teruja sebab dapat JOHAN! Haa, JOHAN wehhh! Tak kira la, aku backstage ke apa ke, janji JOHAN! Yeay.

Tapi ada beberapa perkara jugak yang tak dapat di capai sepanjang semester ni. Salah satu daripadanya nak panjat gunung. Takda siapa-siapa yang sudi bawa diriku insan hina ni mendaki ? Please pleaseeeeeeeeeeeeeeee. ;(

Dan bermula dengan kemerdekaan itu jugalah, bermakna cuti semester ku bermula. Yeay! Cuti! HAHA. Tapi apa nak buat masa cuti ek ? -.-"
p/s : Selamat hari tua kepada saya. terima kasih :)

14 November 2010

Sila Bersemangat Dan Gigih!

Assalamualaikum

Jam di waktu Acer aku sekarang menunjukkan 2.33 pagi. Baru je pulang dari makan untuk kali yang ke empat untuk hari ini. Haha. Makan je laah aku hari ini. Tsk Tsk. Tapi takpe, duit habis untuk makan lagi elok dari habis entah ke mana-mana yang aku tak tahu. Okay, mari berhenti merepek meraban di pagi yang hening ini. -.-"

Untuk pengetahuan anda anda dan anda, ye, awak laa yang sedang baca entry ini, sekarang nak memberitahu yang tuan punya balai ini sedang melalui bulan yang sangat sibuk, ehhh, minggu yang sangat sibuk. Sibuk dengan peperiksaan akhir - katanyaaa - sehingga 20 November ini. Tengok jadual final aku kat bawah ni.

see, dua garisan tu menandakan dah dua paper dah aku bunuh! HAHA!

3 paper seterusnya adalah paper yang betul-betul menguji daya ingatan aku yang mudah lupa ni. Almaklum, dah tua kann, memang senang lupa doe. ;( Nak tau ape yang aku dah baca untuk 3 paper seterusnya setakat ni? Haa, gambar bawah ni boleh gambarkan. -.-"

korang boleh bayangkan kan ? -.-


P/s : sila gigih ya encik mohd adib untuk dapat empat rata yang dah tak boleh dapat. :/

12 November 2010

Aku akan terus rindu

Rindu,
aku keliru,
ape perasaanku,
gelisah, kaku,
ape mahu ku.

Rindu,
aku buntu,
fikirkan cerita itu,
kisah kau dan aku,
yang lama dah berlalu.

Rindu,
aku rindu,
ya, aku rindu kamu,
aku rindu waktu itu,
aku masih, dan akan terus rindu.

p/s : awak tau siapa awak. :)

11 November 2010

Penilaian akhir bermulaaaa.

Perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar universiti ( pehh, di tunggu. tak tahannnnn ) telah pun tibaa. Yaaaa, penilaian akhir aka peperiksaan akhir sudah pun bermulaa.

Aku malas nak cerita banyak2, sebab kalau cerita mesti pasal stress, boring, itu ini itu ini dan semua lahhhh. Same je semua student ni. So, kat bawah ni jadual final aku. Tolong doakan ye. Hihihi.


Sebagai seorang pelajar yang bercita cita tinggi, saya nk empat rata sem ni boleh ? HAHA!

06 November 2010

Okay, sumpah ini sangat tergelak nk mati!

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.