Assalamualaikum!
Baca daripada tajuk entri ni macam menimbulkan macam-macam persoalan kan ? Mesti anda tertanya, sebelum ni dia tak merdeka lagi ke, sebelum ni dia di jajah ke, sebelum ni ..., sebelum ni ... dan macam-macam laaah.
Sebenarnya, takde ape2 pun. Aku cuma nak bagitahu yang aku sudah menamatkan semester 3 di Universiti Putra Malaysia dengan jayanya. Eh, betul ke jaya ? Tunggu keluar keputusan peperiksaan nanti yaaa Encik Adib Korkin.
Sepanjang semester 3 ni, macam-macam laah yang aku lalui. Ada yang suam-suam kuku, ada yang panas-panas padang pasir, ada yang sejuk-sejuk kutub Utara, dan entah. Ada pasang surut, er, macam air laut. Haha. Abaikan.
Semester 3 ni sebenarnya banyakkkkkkkkk gila kenangan yang best. Antaranya ialah penganjuran Program Pentas-CARE yang membuatkan aku mengenali ramai orang di UPM ni, pertandingan Boling Fakulti yang membuatkan aku jadi seorang yang gila, pertandingan Manifestasi Teater yang membuatkan aku jadi teruja sebab dapat JOHAN! Haa, JOHAN wehhh! Tak kira la, aku backstage ke apa ke, janji JOHAN! Yeay.
Tapi ada beberapa perkara jugak yang tak dapat di capai sepanjang semester ni. Salah satu daripadanya nak panjat gunung. Takda siapa-siapa yang sudi bawa diriku insan hina ni mendaki ? Please pleaseeeeeeeeeeeeeeee. ;(
Dan bermula dengan kemerdekaan itu jugalah, bermakna cuti semester ku bermula. Yeay! Cuti! HAHA. Tapi apa nak buat masa cuti ek ? -.-"
p/s : Selamat hari tua kepada saya. terima kasih :)
No comments:
Post a Comment