08 December 2010

Program Mobiliti UPM - STAIN Bukittinggi : Hari Pertama & Kedua

Assalamualaikum

Mesti korang sume tengah baca entry aku ni sambil baring guling-guling atas tilam kat rumah sambil makan kopok goreng kan ? Agak jeles di situ. ;( Aku terpaksa mengorbankan cuti semester yang indah permai selama seminggu untuk bersama-sama dalam program mobiliti antara UPM dan STAIN Bukit Tinggi. Dorang ni akan bersama-sama kami di UPM selama seminggu dari 7 hingga 14 Disember 2010. So, kami kami berenam ( Aku, Aisah, Wakdol - dari FSKTM, An, Zul dan Amir - AJK ad-hoc ) akan bersama dengan dorang dari awal sampai abis program. So, aku nak ceritakan sikit hari pertama and kedua dorang kat Malaysia!

Hari Pertama

semasa menunggu dorang di LCCT, sempat lagi tengok Chuck Season 4 Episod 10 ;p

semasa ketibaan dorang

Hari pertama ni tak banyak sangat aktiviti yang kitorang buat sebab biasa la, bagi peluang kat dorang untuk berehat. Dorang sampai around 11 pagi, tiba kat UPM dalam 12 lebih, kitorang bagi makan tengahari, and then petang dalam kol 4.45 berkumpul di Bukit Ekspo UPM untuk sesi beramah mesra dan bertanya masalah semua.

antara student STAIN

An, Aku, Aisah, Amir ( 4A eh ? ahaha )

Hari Kedua

Okay, hari kedua sebelah pagi pulak adalah hari perasmian untuk program mobiliti ni. so, masing masing pakai pakaian rasmi, dan majlis ni di hadiri oleh Dekan FSKTM, dan staf staf FSKTM. Tengok gambar dah laa, penat nak taip panjang panjang.



Then, sebelah petang nya kami pergi ke kilang Berryl's yang terletak berhampiran UPM. Yang ni tak perlu lah gambar. Same je muka mukanya. ;p

p/s: sekian. esok kami akan ke Kuala Lumpur plak. :) Mari belajar slang Indonesia, macam best je. Hihihi

5 comments:

  1. oh..xtau pn ad program nie..under fsktm la eh??kire faklti 2 aje la involve eh

    ReplyDelete
  2. bella, hahah. jeles ? tp anda tersenyum. ;p
    shima, ni adhoc program. yes, under fsktm. :)

    ReplyDelete
  3. im happy when u're happy.hahahaha.gilos

    ReplyDelete
  4. tp nama kakak dan kak aisah je yang melets okay!!hohohoho!

    ReplyDelete