Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua! Ya, selamat tahun baru dua kosong satu satu. Tahun dua kosong satu kosong baru je meninggalkan kita semua. Innalillah, salam takziah di ucapkan. Banyak kenangan, kisah suka duka, pahit manis, masam cuka dan macam macam lagi la yang dah berlaku sepanjang tahun lepas.
Meh aku ceritakan serba sedikit, apa yang berlaku sepanjang kat aku sepanjang tahun. Korang nk mula baca dari kisah suka ke kisah duka? Pilih cepat, pilih la please *muka ngada ngada sikit. Haha. Okay dah, aku dah buat keputusan. Kita mulakan dengan kisah suka la ye :
Kisah suka pertama : Aku dilantik menjadi salah seorang pemegang amanah untuk fakulti. Er er, maksudnya, aku dilantik menjadi salah seorang pemegang jawatan dalam persatuan pelajar fakulti aku. Jawatan biasa biasa je, tu pun ganti orang kan - nampak sangat aku pilihan kedua. Pfffft. Hihi.
Kisah suka kedua : Haa, aku menjadi semakin aktif dalam bidang teater. Ya kawan kawan, teater. Jangan tak percaya. Hoi! Bukan pelakon laa. Aku kayu, tak reti berlakon. Aku sebagai salah seorang pekerja di belakang tabir. Haa, tugas pertama aku dapat ialah menjadi pengurus pentas semasa Pertandingan Manifestasi Teater UPM 2010. Dan yang menarik lagi meletup ialah, kami menang! Tempat pertama! Fuhh, bangga bangga.
Kisah suka ketiga : Ni berkaitan teater jugak. Kalau anda anda semua berada di sekitar UPM, mesti pernah dengar program Pentas Care kan? Haa, aku merupakan Timbalan Pengarah ke dua kot - tak ingat sebab ada tiga Timbalan Pengarah - untuk program ni. Fuhh, bangga la jugak. Yang menariknya pasal program ini, ia melibatkan penglibatan hampir semua komponen kebudayaan seperti kelab tarian Adi Mastuli, kelab Koir, kumpulan nasyid Nahwan Nur dan sebagainya. Teater amal untuk kutipan ke GAZA, dan kitorang mendapat RM4500 lebih kurang. Masuk paper lagi uols! :)
Kisah suka ke empat : Semasa mesyuarat agung tahunan ( AGM ) kelab Penggiat Teater Sejagat ( Pentas ), aku telah di beri satu kejutan! Ha, kejutan yang boleh buat aku terkena panahan elektrik 18juta watt! Haha. Kejutan yang di terima ialah kepercayaan tinggi mereka terhadap aku. Terima kasih. Mereka telah melantik aku sebagai Timbalan Presiden 1 untuk tahun hadapan. Aku disini merendah diri mengucapkan terima kasih, dan berjanji akan terus menaikkan nama Pentas di UPM dan juga kebangsaan, kalau diberi keizinan. Terima kasih. :)
Kisah suka ke lima : Kisah suka ke empat ni tak berkaitan dengan UPM langsung. Kisah yang keempat ni, ialah, aku semakin aktif dan ligat dalam bidang penulisan rima. Yeah, bidang keystyle. Walaupun belom lagi menempa nama - pehhh, belom apa apa dah bajet popular - aku akan terus belajar hasil dari tunjuk ajar dari rakan rakan komuniti aku, Keystyle Tanah Melayu. Run KTM, Run!
*maaf, tiada gambar untuk di tayangkan. :)
Kisah suka ke enam : Dah abis dah. Hihihi. :P
Sebenarnya, tahun 2010 aku cukup bermakna sebab banyak pengalaman yang aku dapat. Selain dari kawan kawan baru yang perangai yang macam macam ada macam iklan Astro tuh, aku dapat banyak gila pengalaman yang boleh mematangkan aku dalam pelbagai masalah. Yeah, terima kasih kepada semua. :)
p / s : yang kisah sedih tu sambung ke bahagian dua lah ye. panjang sangat nk sambung, macam la korang nak baca panjang panjang kan.