1. Argh, aku benci la mamat ni. Kenapa dia hidup? Kenapa dia ada kat sini? Bajet bagus cakap orang lama dalam bidang ni. Siap bagi alamat ajak gaduh, kerambit pedang semua. Kau ni bodoh lah!
2. Kau dah lama lupaka perkara yang boleh membuatkan sesuatu perhubungan itu menjadi renggang. Tapi, di sebabkan sesuatu perkataan, kau teringat balik perkara perkara yang dah lama kau buang dan tak ingat tu, sampai apa yang kau buat semua tak kena. Kawan kawan mesej, kau marah dorang pulak. Kemudian, dorang pulak marah kau, dan abaikan kau terus.
Haa, sekarang ni, tu la situasi yang aku sedang alami. Kenapa, kenapa dan kenapa? Tahun dua kosong satu satu ni baru setahun jagung, sperma baru nak bercantum dengan ovum - ovum ke, aku lupa dah - tapi macam dah terjadi.
Tapi sekarang ni, aku rasa macam tenang sikit selepas situasi dua tu, aku boleh abaikan sebab dah biasa sangat berlaku. Jadi, masa renggang macam ni, aku pun bertanya kepada seorang pakcik berspek, En Google. Aku terus terjah je dengan pertanyaan, bagaimana untuk mengawal perasaan marah. Begini jawapan En Google :
Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
- Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
- Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
- Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
- Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
- Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
- Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
- Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
- Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Terima kasih En Google.
T___________T
ReplyDeleteaku nk tambah sket...bila kita marah,bnyk kan baca Quran.. insyaallah kite tenang sbb melafazkan ayat2 dan kalimah2 Allah.. :)
ReplyDelete