Hai hai hai. Selamat pagi semua! Ya, semasa saya menaip entry ini, pagi masih lagi menjengah di jendela tingkap bilik saya - padahal mana ada tingkap, dengan udara nyaman, segar dan indah sekali! Wah, terasa pulak angin sepoi sepoi bahasa yang menggiurkan, seperti berada di tepi pantai. Eh, sah dah melalut ni. Gembira sangat kot agaknya. Hihi.
Sebenarnya, hari ini aku sangat sangat sangat sangat gembira! Kau kira lah ada berapa sangat tu, kemudian korang kuasakan dengan perkataan gembira. Maksudnya, gembira kuasa sangat. Hahaha. Macam ni, aku sebenarnya dah mengimpikan untuk membeli benda ni dari tahun lepas, selepas melihat keseronokan orang orang yang ada benda ini. Sumpah, aku cemburu tengok korang! Tapi tu dulu, sekarang tidak lagi! Sebab, aku jugak ada. Kau ada? Takde kan. :P Okay, korang nak tahu ke apa benda ni? Haa, sebenarnya, benda ini ialah seketul kamera DSLR. Hoho.
Aku beli Canon DSLR 45oD je. Tapi aku beli sekali dengan lensa 50mm dari budak ni. Dah la dapat lensa 50mm, dapat harga durian runtuh pulak tu. Budak ni buka harga RM2000, tapi aku dapat RM1100. Hihihi. Okay, aku tak nak cerita panjang panjang, sebab nanti korang jeles, kat bawah ni antara gambar gambar awal yang aku ambil guna kamera sayang aku ni. Selamat menikimati :)
bersama si tersayang :D
terima kasih sebab teman aku pegi amek kamera tu. :)
fuh, ape kate ko tolak kat aku dlm rm 500.hehe
ReplyDeletewah..seronok nye dpt bli dslr..huhu..nak jgak..
ReplyDelete